27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

Sebar Maklumat Palsu BUDI MADANI RON95 Di TikTok! – Dua Individu Didenda RM4,000!

🔥 Views : 3,977
👁 Reading Now : 35

Seorang pemandu persendirian dan seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini kerana menyebarkan maklumat palsu berkaitan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di TikTok.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aiman Zaini Sattar, 29, sambil menyifatkan kesalahan tersebut sebagai serius kerana boleh mencetuskan keresahan awam.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

“Kesan hantaran di media sosial sangat serius dan boleh menimbulkan kekeliruan. Jika tidak dikawal, ia boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram,” kata hakim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghasilkan dan memuat naik kandungan palsu pada 4 April lalu dengan niat untuk mengganggu atau menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nazrul Nizam Muhammad Jameri manakala Muhammad Aiman tidak diwakili peguam.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Muhammad Aiman merayu hukuman ringan dengan alasan pendapatannya tidak tetap selain perlu menjaga isteri dan anak berusia dua tahun setengah yang menghidap leukemia.

Dalam kes berasingan di hadapan hakim sama, sukarelawan APM berusia 46 tahun, Rombusli Siam Muhammad Mokhtar turut didenda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana berkongsi maklumat palsu berkaitan subsidi BUDI MADANI RON95 di TikTok.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles