27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026

Vetri

💼 MITRA Lancar Geran ‘Uyarvu MADANI’ Untuk Perkasa 700 Usahawan India!

🔥 Views : 6
👁 Reading Now : 67

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) hari ini melancarkan secara rasmi Geran Uyarvu MADANI, sebuah inisiatif baharu yang bertujuan memperkasakan 700 usahawan India di seluruh negara.

Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disifatkan sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi masyarakat India serta membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, geran tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, malah merupakan pelaburan jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menghargai usaha golongan usahawan India dan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi memastikan mereka terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif.

Sementara itu, Ketua Pengarah MITRA, Ravindran Nair, menjelaskan bahawa geran berkenaan ditawarkan mengikut tiga kategori berdasarkan tahap perkembangan perniagaan.

Usahawan kategori Micro layak menerima geran sehingga RM20,000, kategori Growth sehingga RM35,000, manakala kategori High, yang melibatkan perniagaan yang ingin berkembang ke tahap lebih tinggi, boleh menerima geran sehingga RM50,000. Program ini dijangka memberi impak besar dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan masyarakat India di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles