
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri kempen akhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Simpang Renggam malam esok, menjelang tamatnya tempoh berkempen.
Kempen PRN Johor akan berakhir esok, manakala hari pengundian ditetapkan pada Sabtu, 11 Julai.
Program kempen yang dijadual bermula pada 7.45 malam itu akan berlangsung di Tanah Lapang Bersebelahan McDonald’s Simpang Renggam.
Turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kehadiran Perdana Menteri adalah bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan daripada PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Guna Balakrishnan, yang bertanding dalam PRN Johor kali ini.
Majlis berkenaan dijangka menjadi antara kempen penutup terbesar Pakatan Harapan sebelum rakyat Johor menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.



