
Satu program pembangunan kemahiran bertajuk “3D Jelly World Workshop” akan dianjurkan bagi memperkasakan wanita melalui kemahiran kreatif dan peluang menjana pendapatan.
Program ini akan berlangsung pada 19 April 2026 (Ahad) jam 8.00 pagi di Kolej Komuniti Klang, di bawah anjuran DUN Sentosa N48 dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor (WBS).
Bengkel ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari seni pembuatan 3D jelly, yang bukan sahaja sebagai hobi tetapi juga berpotensi menjadi sumber pendapatan.
Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Pn. Roselina Abu Bakar, YB Dr. Gunaraj George, dan YB Anfaal Saari.
Sebanyak 30 peserta terawal akan menerima sijil penyertaan.
Program ini selaras dengan tema “Wanita Berdaya, Wanita Berdikari”, dalam usaha memperkukuhkan peranan wanita dalam masyarakat melalui kemahiran dan keusahawanan.



