
Kenaikan harga barang ketika ini telah memberi kesan besar kepada rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Yang Berhormat Dr Gunaraj.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu serta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat.
Menurut beliau,
“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, setiap keluarga perlu mengurus perbelanjaan dengan bijak. Dengan mengurangkan perbelanjaan tidak penting dan meningkatkan tabiat menabung, kita dapat menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih baik,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa amalan berjimat cermat perlu dijadikan budaya dalam kehidupan seharian bagi menjamin kestabilan kewangan dan masa depan yang lebih selamat.
