29 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026

Vetri

📊 Pakej RM131 Juta Dipuji; YB Gunaraj George Ucap Tahniah Kepada Menteri Besar Selangor!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Gunaraj George, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, atas pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta.

Menurut beliau, pakej ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuh ekonomi negeri ketika berdepan cabaran seperti ketidaktentuan ekonomi global, krisis tenaga dan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Pelbagai inisiatif di bawah pakej ini termasuk:

  • Jelajah Ehsan Rahmah
  • Gudang Makanan Selangor
  • Baucar Kita Selangor
  • Subsidi pengangkutan awam
  • Sarapan percuma untuk pelajar
  • Sokongan kepada sektor pertanian

jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan B40, petani, nelayan dan usahawan kecil.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan pakej ini yang dijangka memberi manfaat langsung kepada rakyat di kawasan Sentosa.

“Maklumat berkaitan pelaksanaan pakej ini yang bermula Jun 2026 akan disampaikan secara menyeluruh kepada penduduk Sentosa agar tiada yang tercicir,” katanya.

YB Gunaraj juga menyeru semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan untuk bersama-sama memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif ini demi kesejahteraan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan yang prihatin dan berpandangan jauh seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor amat penting dalam memastikan negeri terus maju dan sejahtera.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles