27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

🚨 “Juruteknik Ditemui Mati Ditikam Berkali-kali Di Apartment Prima Tebrau”

🔥 Views : 2,789
👁 Reading Now : 28

Seorang lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai juruteknik ditemui maut dipercayai akibat ditikam berkali-kali di sebuah unit apartment di Prima Tebrau, malam kelmarin.

Polis kini meminta penduduk di kawasan tersebut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan dan mengumpul bukti penting berkaitan kejadian itu.

Permintaan tersebut dibuat selepas kebanyakan kamera CCTV di kawasan apartment berkenaan dilaporkan sedang dalam penyelenggaraan dan hanya kamera di pintu keluar utama berfungsi ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki itu pada jam 11.12 malam.

“Pada kira-kira jam 10.50 malam, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui berhampiran mangsa,” katanya.

Menurut seorang penduduk, mangsa yang dikenali sebagai Salleh ditemui selepas seorang rakan sekerja meminta bantuan pengawal keselamatan apartment untuk memeriksa keadaannya.

Difahamkan, mangsa tidak hadir bekerja selama tiga hari sebelum kejadian disedari.

Dengan bantuan pengawal keselamatan, mereka pergi ke rumah mangsa di Blok A dan mendapati pintu pagar serta pintu utama rumah tersebut terbuka sedikit.

“Mereka kemudian menemui mangsa terbaring di lantai sebelum segera menghubungi polis. Kami dimaklumkan mangsa dipercayai ditikam berkali-kali. Terdapat hampir sembilan kesan tikaman pada tubuh mangsa termasuk di bahagian mata,” katanya.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan apartment meminta semua penduduk menyerahkan sebarang rakaman CCTV atau dashcam yang diperoleh antara 11 hingga 12 Mei, khususnya dari jam 6 pagi hingga 9 pagi di kawasan parkir kenderaan bagi membantu siasatan polis.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles