27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

🏛️ “Landskap Politik Baharu!” – Rafizi & Nik Nazmi Ambil Alih Parti Bersama Malaysia!

🔥 Views : 2,962
👁 Reading Now : 58

Dua ahli politik terkenal negara, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kini secara rasmi mengambil alih Parti Bersama Malaysia dalam satu perkembangan baharu politik tanah air.

Dalam satu majlis di Petaling Jaya , pengasas parti tersebut, Tan Gin Theam menyerahkan sijil pendaftaran parti secara rasmi kepada Rafizi dan Nik Nazmi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan serta Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa sebelum ini melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan penting dalam pemilihan PKR pada Mei tahun lalu.

Pada April lalu, Rafizi turut menyatakan hasrat untuk membentuk platform politik baharu bagi meneruskan agenda reformasi dari luar PKR.

Susulan itu, Parti Bersama Malaysia kini dilihat menjadi platform politik baharu bagi kedua-dua pemimpin tersebut.

Perincian mengenai hala tuju serta proses penstrukturan semula parti dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tindakan mereka mengumumkan penglibatan dalam parti baharu ketika masih berada dalam PKR dijangka boleh mengundang tindakan disiplin daripada parti berkenaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles