27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

Syarat Jaminan RM10 Juta Masih Berkuat Kuasa!” – Fuziah Salleh!

🔥 Views : 3,501
👁 Reading Now : 52

Setiausaha Agung KEADILAN, Fuziah Salleh menegaskan bahawa syarat jaminan bernilai RM10 juta terhadap Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masih kekal berkuat kuasa.

Menurut beliau, bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa mereka telah mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sebelum meninggalkan parti.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih tertakluk kepada syarat jaminan RM10 juta yang telah ditetapkan oleh parti.

Fuziah berkata, berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang parti, terdapat bukti bahawa kedua-dua bekas Ahli Parlimen itu telah menyertai Parti Bersama Malaysia sebelum mengosongkan kerusi mereka.

“Justeru, syarat jaminan yang ditetapkan oleh parti masih berkuat kuasa,” katanya.

Isu tersebut kini menjadi perhatian dalam kalangan pemerhati politik susulan perkembangan terbaru melibatkan Rafizi dan Nik Nazmi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles