24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 19, 2026

Vetri

PM Anwar Dijangka Bertemu CM Vijay Di Tamil Nadu! – Perbualan Telefon Tarik Perhatian

🔥 Views : 4,709
👁 Reading Now : 70

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay semasa lawatannya ke India pada September nanti.

Anwar berkata beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan Vijay hari ini dan menyampaikan ucapan tahniah atas kepercayaan besar yang diberikan rakyat Tamil Nadu kepada pemimpin tersebut.

Dalam satu hantaran di media sosial, Anwar berkata:

“Hari ini saya berpeluang berbual melalui telefon dengan sahabat saya merangkap Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay.”

Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya akan ke India pada September bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa jika berkesempatan, saya ingin mengadakan lawatan ringkas ke Tamil Nadu,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Vijay terus diberikan kekuatan untuk memimpin Tamil Nadu demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri tersebut.

Perkembangan itu kini menjadi perhatian ramai susulan hubungan baik yang dilihat semakin erat antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles