27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

🏆 “Anugerah Jadi Pembakar Semangat Untuk Terus Berkhidmat!” – YB Gunaraj Hargai Pengiktirafan MPS!

🔥 Views : 2,849
👁 Reading Now : 29

ADUN Sentosa, YB Gunaraj merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas penghormatan serta pengiktirafan menerusi anugerah “Legasi Jasa Sanjungan Budi, Julangan Jasa” yang diterimanya malam tadi.

Menurut beliau, anugerah tersebut amat bermakna kerana beliau pernah berkhidmat bersama MPS selama lapan tahun sebelum diberikan amanah sebagai ADUN Sentosa.

“Banyak kenangan, pengalaman dan jasa warga kerja MPS yang akan sentiasa saya hargai,” katanya.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari atas sokongan, kepercayaan dan penghargaan yang diberikan sepanjang perjalanan perkhidmatannya.

Tambah beliau, pengiktirafan itu akan menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, amanah dan keikhlasan demi rakyat serta negeri Selangor.

YB Gunaraj turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerja keras dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles