30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026

Vetri

Program Clean & Green DUN Sentosa 2026 Dilancarkan!

🔥 Views : 3,411
👁 Reading Now : 41

Program Clean & Green DUN Sentosa 2026 telah dilancarkan secara rasmi di bawah kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Dr. Gunaraj George, sebagai satu inisiatif berterusan untuk menjadikan DUN Sentosa sebuah kawasan yang lebih bersih, hijau dan lestari. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), YBhg. Dato’ Haji Abd Hamid Hussain, yang hadir sebagai tetamu kehormat.

Kehadiran Datuk Bandar bukan sahaja menyerikan majlis, malah memberikan suntikan semangat kepada penduduk setempat untuk terus memperkukuhkan usaha menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. Program ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan DUN Sentosa dalam membangunkan komuniti yang lebih mampan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

Turut hadir menjayakan program ini ialah wakil daripada KDEB Waste Management, pegawai-pegawai MBDK, Ahli Majlis N48, persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai agensi berkaitan serta para sukarelawan yang sentiasa aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Menurut YB Dr. Gunaraj, program ini bukan sekadar satu acara pelancaran, tetapi merupakan permulaan kepada satu gerakan jangka panjang untuk memupuk budaya kebersihan, menghargai alam sekitar dan memperkukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Beliau turut menyeru seluruh masyarakat agar berganding bahu menjayakan usaha ini demi mewujudkan DUN Sentosa yang lebih bersih, hijau dan mampan untuk generasi akan datang. Pada masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Pengarah Program, En. Dharmaraj, serta seluruh jawatankuasa Clean & Green atas kejayaan menganjurkan program pelancaran tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles