27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026

Vetri

🤝 Dr Gunaraj Hadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kredit Pekerja Malaysia!

🔥 Views : 3,430
👁 Reading Now : 28

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Dr Gunaraj, menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kredit Pekerja Malaysia dan berpeluang menyampaikan ucapan kepada para anggota koperasi.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang koperasi itu yang kini mempunyai lebih 45,000 ahli aktif, di samping mencatatkan pengurusan kewangan yang kukuh, pelaburan strategik serta pelancaran Pelan Pembangunan Lima Tahun 2026–2030.

Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Koperasi, Encik Thankarajoo, atas kepimpinan dan komitmen beliau dalam memastikan kejayaan serta perkembangan berterusan koperasi tersebut.

Pada masa sama, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada Encik Thankarajoo dan seluruh ahli keluarganya atas pemergian isteri tercinta, sambil mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini.

Beliau turut mendoakan agar Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan seluruh anggota koperasi terus melakar kejayaan serta memperkukuhkan gerakan koperasi demi memberikan manfaat yang lebih besar kepada semua ahlinya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles