26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026

Vetri

🗳️ Komuniti India Digesa Sokong Pakatan Harapan Demi Kestabilan – Dr Gunaraj!

🔥 Views : 4,356
👁 Reading Now : 52

hli Majlis Pimpinan Pusat PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George, menyeru masyarakat India supaya memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi memastikan kestabilan politik, kesinambungan agenda Reformasi MADANI dan pembangunan ekonomi negara.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata walaupun masyarakat India merupakan golongan minoriti di Johor, mereka mampu mempengaruhi keputusan di hampir 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) campuran dan kerusi marginal.

“Pilihan raya ini bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi menentukan sama ada kita mahu meneruskan kestabilan politik, reformasi dan pembangunan yang sedang membuahkan hasil atau kembali kepada ketidaktentuan politik yang boleh menjejaskan ekonomi, pelaburan dan masa depan negara,” katanya.

Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ketegangan geopolitik serta peningkatan kos sara hidup, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan serta kesejahteraan rakyat.

Dr Gunaraj berkata, sepanjang lebih tiga setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, pelbagai dasar dan inisiatif telah dilaksanakan untuk manfaat semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk masyarakat India.

Beliau berkata antara pencapaian terbesar ialah peningkatan peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) daripada RM100 juta kepada RM150 juta, selain jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk meningkatkan peruntukan itu secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Selain itu, katanya, kerajaan turut meningkatkan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), menyediakan bantuan penyelenggaraan rumah ibadat termasuk kuil, memperluaskan program TVET, membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, melaksanakan bantuan tunai STR dan SARA serta menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI terus memperkukuhkan agenda reformasi institusi, menambah baik tadbir urus, memperhebat usaha membanteras rasuah serta melaksanakan dasar ekonomi yang lebih inklusif agar manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Rakyat berhak menilai kerajaan berdasarkan prestasi dan rekod pencapaiannya. Saya yakin masyarakat India akan membuat pilihan yang tepat dengan memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk meneruskan agenda MADANI demi Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan progresif,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles