30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026

Vetri

📈 Ekonomi Selangor Cecah RM460.1 Bilion, Tertinggi Di Malaysia – Amirudin Shari!

🔥 Views : 3,340
👁 Reading Now : 33

Nilai ekonomi Selangor meningkat kepada RM460.1 bilion pada tahun 2025 dengan pertambahan sebanyak RM28 bilion, sekali gus mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi dalam kalangan semua negeri di Malaysia, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pencapaian itu turut mengatasi unjuran sebanyak RM455.3 bilion yang dibuat bersama oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Selangor Research Institute.

Menurut beliau, sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat daripada 26.2 peratus kepada 26.5 peratus. Saiz ekonomi Selangor kini adalah 1.7 kali lebih besar daripada Kuala Lumpur dan 2.7 kali lebih besar daripada Johor.

Selangor turut merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.3 peratus pada tahun 2025, mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi negara yang mencatatkan 5.2 peratus.

Amirudin berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh perkembangan kukuh sektor perkhidmatan yang menyumbang RM15.9 bilion, sektor pembuatan RM5.3 bilion, serta sektor pembinaan sebanyak RM3.7 bilion.

Beliau turut memaklumkan bahawa Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan menyumbang 35.9 peratus aktiviti pembinaan, 32.8 peratus sektor pembuatan dan 27.1 peratus sektor perkhidmatan.

Menurutnya, kejayaan bersejarah itu adalah hasil pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang berjaya memperkukuhkan struktur ekonomi negeri. Dalam tempoh tersebut, ekonomi Selangor meningkat daripada RM343.5 bilion kepada RM460.1 bilion, iaitu pertumbuhan sebanyak 33.94 peratus atau RM116.6 bilion.

Amirudin menegaskan bahawa pencapaian itu bukan sahaja hasil dasar kerajaan negeri, malah turut disumbangkan oleh usahawan kecil di bawah program PLATS, peserta JobCare, jurutera di IC Design Park, tenaga kerja dalam industri elektrik dan elektronik serta syarikat-syarikat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Selangor.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles