29.2 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026

Vetri

India Arah Meta Padam Iklan Berunsur Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak di Instagram

🔥 Views : 2,619
👁 Reading Now : 59

Kerajaan India telah mengeluarkan notis amaran kepada Meta supaya segera memadam iklan berbayar di platform Instagram yang mengandungi unsur eksploitasi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India turut mengarahkan Meta mengemukakan penjelasan terperinci dalam tempoh tujuh hari berhubung isu tersebut.

Dalam arahan itu, Meta diminta mengambil tindakan segera dengan menurunkan semua iklan berbayar yang memaparkan kandungan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak daripada platform Instagram.

Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan India bagi membanteras penyebaran kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak di internet serta memperkukuhkan keselamatan dalam talian.

Kerajaan India turut menegaskan bahawa semua platform digital wajib mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan kerajaan, selain memastikan keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles