29.2 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026

Vetri

Sokongan PAS Dialu-alukan, Tetapi Bukan Jaminan Kerjasama Masa Depan – Ahmad Zahid!

🔥 Views : 2,583
👁 Reading Now : 21

Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata sokongan yang diberikan PAS kepada calon-calon BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seharusnya dianggap sebagai jaminan kepada sebarang kerjasama politik pada masa hadapan.

Beliau bagaimanapun menghargai sokongan yang diberikan PAS kepada calon MIC dan MCA di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi oleh Perikatan Nasional (PN).

“Itu adalah pendirian kepimpinan PAS dan kami menghargai sokongan tersebut. Namun, ia tidak bermaksud akan wujud sebarang jaminan kerjasama politik selepas ini,” katanya.

Menurut Zahid, sokongan berkenaan juga tidak akan menjejaskan pendirian atau kerjasama politik yang sedang atau bakal dijalinkan oleh UMNO.

“Kami menghormati pendirian mereka dan berharap sokongan itu benar-benar diterjemahkan melalui undi pada hari pengundian, 11 Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri satu program ramah mesra bersama masyarakat Cina.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles