33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026

Vetri

PRN Johor: Masyarakat India perlu mara ke depan bersama “Prestasi PH” – Dr Gunaraj!

🔥 Views : 4,368
👁 Reading Now : 27

Masyarakat India di Johor perlu terus mara ke depan membuat pilihan berasaskan prestasi serta rekod pencapaian Pakatan Harapan (PH) dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seiring dengan proses pembangunan negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Gunaraj George berkata, Kerajaan Madani dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PH dan PKR telah membuka satu lembaran ” Nambikei “( keyakinan ) baru untuk semua kaum termasuk komuniti India di negara ini seiring dengan gagasan Malaysia Madani.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa ( Selangor) menyarankan dan merayu komuniti India di Johor tidak “terperangkap dan terpedaya” dengan politik lama yang hanya menabur janji dan memainkan sentimen retorik.

” Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup konsisten dalam perjuangannya untuk memecahkan tembok perkauman yang sekian lama mencorakkan landskap politik negara. Sejak awal penglibatan beliau dalam politik, beliau membawa gagasan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan, keadilan dan peluang yang saksama untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Beliau percaya politik yang berasaskan kaum semata-mata tidak lagi memadai untuk memenuhi aspirasi Malaysia yang semakin matang dan kompleks. Sebaliknya, negara memerlukan politik yang berteraskan dasar, prestasi dan penyelesaian kepada masalah rakyat. Atas prinsip itu jugalah, Anwar terus mengangkat agenda Malaysia MADANI sebagai landasan membina sebuah negara yang lebih inklusif, progresif dan bersatu.

“Bagi Anwar, kepelbagaian kaum aset terbesar negara. Justeru, setiap dasar yang diperkenalkan perlu memberi manfaat kepada seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti. Pendekatan ini mencerminkan keyakinannya bahawa kestabilan politik dan kemajuan ekonomi hanya dapat dicapai apabila rakyat bersatu, saling menghormati dan bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa Malaysia”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Gunaraj George, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah peluang terbaik untuk rakyat menentukan hala tuju negeri dengan memilih sebuah kerajaan yang mempunyai rekod jelas dalam membawa pembangunan, kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat seiring dengan kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, masyarakat India merupakan antara komuniti yang semakin matang dalam membuat keputusan politik dan kini lebih cenderung menilai sesebuah parti berdasarkan pencapaian serta dasar yang benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan mereka.

“Masyarakat India perlu mara ke hadapan bersama prestasi PH. Sudah tiba masanya kita membuat pilihan berdasarkan apa yang telah dilaksanakan, bukan berdasarkan persepsi atau janji yang tidak ditunaikan. Masayarakat India boleh menilai sendiri” , katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Gunaraj berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk menangani kos sara hidup, memperkukuh pendidikan, memperluas peluang pekerjaan, memperkasa usahawan serta memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

Dalam tempoh tiga tahun ini beliau telah mereformasikan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia ( MITRA) dengan peruntukan tambahan sebanyak RM 50 juta.

” Kerajaan terdahulu ketika membentangkan Belanjawan hanya akan umum 100 juta untuk MITRA, 30 juta untuk Tekun dan sekolah Tamil. Tapi kerajaan Madani tidak menunggu Belanjawan. PM akan melihat pada keperluan terkini dan telah menaikkan peruntukan MITRA kepada RM150 juta. Dana usahawan Tekun Nasional untuk pemerkasaan usahawan India telah dinaikkan sehingga RM 100 juta. Untuk pemerkasaan usahawan wanita pula RM 100 juta diperuntukkan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM) . Malah awal tahun Januari, PM telah umumkan RM 50 juta untuk pembangunan sekolah Tamil.Ini semua pendekatan dan pengumuman bersejarah yang telah diambil oleh Kerajaan Madani. Ramai usahawan India yang telah menerima manfaat. Justeru itulah, komuniti India perlu menilai mengikut fakta dan prestasi. Banyak lagi inisiatif lain juga telah diumumkan dan dilaksanakan “, katanya.

Beliau berkata masyarakat India turut menerima manfaat melalui pelbagai program pembangunan sosioekonomi, bantuan pendidikan, latihan kemahiran dan peluang keusahawanan yang memberi impak kepada kesejahteraan komuniti.

“Prestasi sesebuah kerajaan perlu menjadi ukuran utama. Pengundi hari ini bijak menilai siapa yang bekerja, siapa yang membawa hasil dan siapa yang sekadar menjual retorik politik. Sebab itu saya yakin masyarakat India akan membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan Johor,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik adalah prasyarat kepada pertumbuhan ekonomi, kemasukan pelaburan dan penciptaan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti untuk generasi akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada PH bagi memastikan agenda pembangunan, perpaduan dan kemakmuran yang sedang dilaksanakan dapat diteruskan demi kepentingan seluruh rakyat Johor.

“PRN Johor bukan sekadar pertandingan politik. Ia adalah penentuan masa depan negeri. Marilah kita melangkah ke hadapan bersama prestasi, kestabilan dan harapan untuk Johor yang lebih maju,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles