32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026

Vetri

Suara Seorang India di Negeri Sembilan…

🔥 Views : 3,607
👁 Reading Now : 68

Demi kesejahteraan rakyat, adalah amat penting untuk kita terus mengekalkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah berjaya membentuk sebuah pentadbiran yang stabil, kukuh dan berkesan.

Kestabilan politik merupakan asas kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan, keyakinan pelabur serta pembangunan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Pelbagai usaha yang telah dimulakan dalam bidang pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan, pembangunan sosial, pemerkasaan bahasa dan pemeliharaan budaya perlu diteruskan demi masa depan yang lebih baik.

Sehubungan itu, saya menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan sokongan dan mengundi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri ini supaya agenda pembangunan yang memberi manfaat kepada semua rakyat dapat diteruskan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian antara kaum dan agama, serta mengekalkan kestabilan politik demi membina Negeri Sembilan yang lebih maju, inklusif dan makmur untuk generasi akan datang.

“Kerajaan Stabil… Ekonomi Kukuh… Rakyat Bersatu… Negeri Sembilan Lebih Maju.”

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles