26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026

Vetri

Sambutan Hari Pahlawan DUN Sentosa: Jasa dan Pengorbanan Wira Negara Tidak Akan Dilupakan – Dr Gunaraj!

🔥 Views : 3,073
👁 Reading Now : 50

Jasa dan pengorbanan wira negara yang telah berkhidmat demi keamanan serta kesejahteraan rakyat terus dikenang menerusi Sambutan Hari Pahlawan DUN Sentosa yang berlangsung dengan meriah dan penuh bermakna.

Program yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor itu turut dihadiri ADUN Sentosa, YB Dr Gunaraj George, para pahlawan dan veteran, wakil komuniti serta warga Sentosa.

Bertemakan “Semarak Merdeka, Kenang Pahlawan, Kibarkan Jalur Gemilang”, program tersebut menjadi platform untuk masyarakat mengenang jasa serta menghargai pengorbanan mereka yang telah banyak berbakti kepada negara.

Menurut Dr Gunaraj, antara detik paling bermakna dalam program itu adalah apabila para wira dan veteran berpeluang berkongsi sendiri pengalaman serta kisah perjuangan mereka bersama masyarakat.

Beliau berkata, kegembiraan jelas terpancar apabila jasa dan sumbangan para wira diberikan penghargaan serta pengiktirafan oleh masyarakat.

“Jasa pahlawan tidak akan pernah dilupakan. Pengorbanan mereka akan terus menjadi inspirasi kepada generasi hari ini dan generasi akan datang,” katanya.

Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada semua pahlawan, veteran, komuniti serta seluruh warga Sentosa yang bersama-sama menjayakan sambutan berkenaan.

Beliau turut menyeru masyarakat, khususnya generasi muda, supaya terus menghargai nilai kemerdekaan, mengenang pengorbanan wira negara serta memperkukuhkan semangat patriotisme.

“Kenang pahlawan, hargai pengorbanan dan terus semarakkan semangat patriotisme,” kata Dr Gunaraj.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles