
ira-kira 150 orang telah hadir ke Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa bagi mendapatkan bantuan membuat permohonan dalam talian untuk Inisiatif Mesra Kerajaan Selangor, khususnya melibatkan warga emas dan golongan OKU.
ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George, berkata ramai penduduk mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat permohonan secara dalam talian.
Sehubungan itu, ruang dan bantuan disediakan bagi memudahkan penduduk melengkapkan proses permohonan dengan lebih mudah dan lancar.
“Tiada yang dipinggirkan. Selagi ada mereka yang memerlukan bantuan, kami akan terus berusaha untuk membantu.” katanya.
Menurut beliau, program bantuan tersebut akan diteruskan sepanjang minggu ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada penduduk DUN Sentosa untuk mendapatkan bantuan serta membuat permohonan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sentosa Special Squad yang membantu menjayakan program berkenaan.
“Semoga inisiatif kecil ini dapat membawa manfaat kepada lebih banyak keluarga dan penduduk di Sentosa,” katanya.
Sentosa Cares, People First.



