
Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 telah berlangsung pagi ini di Shah Alam.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor dan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Gunaraj George.
YB Gunaraj merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas titah dan panduan yang disampaikan oleh Tuanku, yang disifatkan amat bermakna untuk kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
“Semoga persidangan kali ini berjalan lancar dan memberikan manfaat besar kepada semua rakyat Selangor,” katanya.
Persidangan ini dijangka membincangkan pelbagai isu penting berkaitan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.
