
Cuaca panas dan cerah yang berterusan di kebanyakan kawasan negara kini menyebabkan orang ramai berdepan keadaan bahang yang agak ketara.
Menurut maklumat yang dikeluarkan tengah hari tadi menerusi laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), suhu di beberapa bandar utama direkodkan antara 30 hingga 32 darjah Celsius.
Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Kangar masing-masing mencatat suhu sekitar 30 darjah Celsius dengan keadaan cuaca cerah.
Sementara itu, Kuching mencatat suhu tertinggi iaitu 32 darjah Celsius sekali gus menjadi antara kawasan paling panas di negara ini.
Selain itu, Kuala Terengganu dan Kota Bharu turut merekodkan suhu 32 darjah Celsius, manakala Alor Setar mencatat suhu sekitar 31 darjah Celsius.
Dalam pada itu, Kota Kinabalu merekodkan suhu 28 darjah Celsius dan Labuan pula sekitar 25 darjah Celsius.
Putrajaya, Ipoh, Kuantan dan Kuala Pilah masing-masing mencatat suhu sekitar 30 darjah Celsius, manakala Bayan Lepas dan Senai mencatat suhu 29 darjah Celsius.
Berikutan cuaca panas yang berterusan, orang ramai dinasihatkan supaya memperbanyakkan pengambilan air dan berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat cuaca panas.



