27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

🌏 “Dunia Tumpu Perhatian!” – Trump & Xi Jinping Bertemu Di Beijing

🔥 Views : 1,259
👁 Reading Now : 26

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijadual mengadakan pertemuan penting di Beijing hari ini bagi membincangkan pelbagai isu utama yang terus menegangkan hubungan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

Antara isu yang dijangka menjadi tumpuan dalam sidang kemuncak tersebut termasuk Iran, perang perdagangan dan Taiwan.

Pertemuan itu akan berlangsung pada jam 10 pagi di “Great Hall of the People” di Beijing, dengan Xi Jinping dijangka memberikan sambutan rasmi penuh kepada Trump.

Walaupun hubungan antara Amerika Syarikat dan China masih tegang, sambutan besar-besaran yang diberikan kepada Trump telah menarik perhatian dunia.

Kedua-dua pemimpin turut dijadual menghadiri jamuan negara pada sebelah malam, selain Trump akan melawat lokasi bersejarah terkenal China iaitu “Temple of Heaven”, tapak warisan dunia yang pernah digunakan maharaja China untuk upacara doa hasil tuaian.

Trump tiba di Beijing malam tadi menaiki pesawat Air Force One bagi menghadiri sidang kemuncak selama dua hari itu.

Beliau turut diiringi beberapa tokoh korporat terkenal Amerika termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang dan pemilik Tesla Elon Musk. Kehadiran mereka dilihat sebagai simbol usaha Trump untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan China.

Ketibaan Trump disambut meriah apabila kira-kira 300 belia China berpakaian putih melaungkan “Welcome” sambil mengibarkan bendera kecil Amerika dan China di atas permaidani merah.

Pada Jumaat, Trump dan Xi Jinping dijadual mengadakan sesi minum teh serta makan tengah hari kerja sebelum Trump berlepas pulang ke Washington.

Lawatan kali ini merupakan kunjungan pertama seorang presiden Amerika ke Beijing dalam hampir sedekad, selepas lawatan pertama Trump pada tahun 2017.

Selepas lawatan tersebut, Trump melaksanakan pelbagai tarif dan sekatan perdagangan terhadap produk China. Tindakan sama diteruskan selepas beliau kembali ke Rumah Putih tahun lalu sehingga mencetuskan perang perdagangan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin akhirnya bersetuju mencapai gencatan sementara pada Oktober lalu bagi meredakan ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles