27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

PKR Kota Raja Perkukuh Akar Umbi!” – 25 Ranting Baharu & Lebih 3,000 Ahli Sertai Parti

🔥 Views : 1,201
👁 Reading Now : 66

PKR Kota Raja terus memperkukuhkan pengaruh akar umbi apabila berjaya menubuhkan 25 ranting baharu serta merekodkan kemasukan lebih 3,000 ahli baharu ke dalam parti.

Perkembangan itu disifatkan sebagai bukti keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR yang semakin kukuh dan meluas di kawasan Kota Raja.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, momentum pertumbuhan tersebut bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan semangat rakyat yang percaya bahawa PKR Kota Raja sentiasa bersama masyarakat di lapangan.

Ketua Cabang Kota Raja merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, YB Dr Gunaraj George berkata, pengukuhan organisasi serta pendekatan turun padang secara konsisten adalah tanggungjawab utama parti kepada rakyat.

“Pengukuhan organisasi, penglibatan rakyat dan pendekatan turun padang yang berterusan bukan pilihan — ia adalah kewajipan kita kepada rakyat. Selagi rakyat bersama kita, selagi itulah kita akan terus berjuang. Lebih ramai anggota, lebih kuat perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ceramah kelompok di Bandar Sentosa yang dihadiri lebih 500 penduduk tempatan.

Tambah beliau, program akar umbi seperti itu penting untuk memastikan suasana politik yang aktif dan positif terus berkembang di kawasan.

PKR Kota Raja turut menegaskan komitmen untuk meneruskan momentum tersebut secara berterusan dengan memperluaskan jaringan akar umbi serta memastikan aspirasi rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles