29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 15, 2026

Vetri

🏫 “Usaha Percepat Pembinaan SJKT Ladang Baru 4!” – YB Gunaraj!

🔥 Views : 2,247
👁 Reading Now : 48

ADUN Sentosa, YB Gunaraj mengadakan satu mesyuarat bersama Lembaga Pengurus Sekolah (LPS), PIBG, Guru Besar dan para guru bagi mencari penyelesaian berkaitan pembinaan sekolah baharu SJKT Ladang Baru 4 di Kg Java.

Menurut beliau, walaupun tanah bagi projek pembinaan sekolah tersebut telah disediakan, kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan sehingga kini.

“Situasi ini amat membimbangkan kerana sekolah kini berdepan masalah kekurangan bilik darjah, keadaan infrastruktur yang kurang memuaskan serta pelbagai cabaran lain yang memerlukan tindakan segera,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Tuan Wong telah dipohon bagi mempercepatkan penyelesaian isu tersebut.

Selain itu, satu Jawatankuasa Tindakan turut ditubuhkan lengkap dengan cadangan pelan tindakan (road map) bagi memastikan usaha pembinaan sekolah dapat direalisasikan secepat mungkin.

YB Gunaraj berkata, usaha itu penting demi kebajikan para pelajar, guru serta seluruh masyarakat setempat yang amat memerlukan kemudahan sekolah yang lebih baik dan selesa.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles