27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

🏛️ “Kekuatan Sebenar KeADILAN Adalah Ahlinya!” – YB Gunaraj Seru Perkukuh Akar Umbi!

🔥 Views : 3,085
👁 Reading Now : 51

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Gunaraj berkata KeADILan perlu terus memperkukuhkan kekuatan akar umbi melalui gerakan keahlian yang lebih agresif di kesemua 222 cabang di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu program di Bandar Sentosa susulan kejayaan PKR Kota Raja menubuhkan 25 ranting baharu serta menerima lebih 3,000 ahli baharu.

Menurut beliau, pencapaian tersebut membuktikan bahawa sokongan terhadap KeADILan terus berkembang dan kekuatan parti berada di atas asas yang kukuh.

“Kekuatan KeADILan hari ini tidak boleh dinafikan. Namun kekuatan itu perlu terus diperkukuhkan melalui penambahan ahli dan pengukuhan organisasi akar umbi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan sebenar sesebuah parti politik terletak pada ahli-ahlinya, bukannya individu tertentu.

“Dalam perjalanan politik, ramai yang datang dan pergi. Itu perkara biasa dalam mana-mana parti. Tetapi parti yang berasaskan perjuangan, visi dan prinsip akan terus kekal,” katanya lagi.

Gunaraj turut menyuarakan keyakinan bahawa lebih ramai rakyat akan terus memilih untuk bersama KeADILan berdasarkan kekuatan prinsip, konsistensi perjuangan dan komitmen parti terhadap rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua 222 cabang KeADILan supaya menjadikan usaha menambah keahlian sebagai agenda utama dengan mendekati golongan belia, wanita, profesional, pekerja dan pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita tidak boleh hanya menunggu rakyat datang kepada kita. Kita mesti turun padang, mendekati masyarakat dan membuka ruang untuk lebih ramai menyertai perjuangan ini,” tegas beliau.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles