30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026

Vetri

⛽ Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi dan Diesel Turun Mulai 4 Jun

🔥 Views : 1,625
👁 Reading Now : 61

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97, petrol RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia telah diturunkan berkuat kuasa dari 4 Jun hingga 10 Jun.

Menurut kenyataan kementerian, harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 30 sen seliter daripada RM4.65 kepada RM4.35 seliter. Sementara itu, harga petrol RON95 tanpa subsidi turut mencatatkan penurunan sebanyak 20 sen seliter daripada RM3.92 kepada RM3.72 seliter.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan sebanyak 20 sen seliter. Sebelum ini dijual pada harga RM4.87 seliter, diesel kini ditetapkan pada harga RM4.67 seliter.

Kementerian menjelaskan bahawa pelarasan harga baharu ini dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) susulan penurunan purata harga pasaran minyak mentah dan petroleum di peringkat antarabangsa sepanjang minggu lalu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles