
Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi, RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia akan diturunkan bagi tempoh 25 Jun hingga 30 Jun.
Mengikut penetapan baharu, harga petrol RON95 tanpa subsidi dikurangkan sebanyak 25 sen kepada RM3.47 seliter, manakala RON97 turut turun 25 sen kepada RM4.10 seliter.
Pada masa yang sama, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.07 seliter. Kementerian Kewangan memaklumkan penurunan ini mencerminkan penyusutan harga minyak mentah dunia serta perkembangan positif dalam pasaran minyak global dan situasi geopolitik di Asia Barat.
Sementara itu, harga bersubsidi di bawah program BUDI MADANI bagi RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah, masing-masing pada RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.



