28.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026

Vetri

N Hadapi Situasi Sukar Bertanding Menentang Rakan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

🔥 Views : 1,544
👁 Reading Now : 48

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN berdepan situasi yang unik dan mencabar apabila terpaksa bertanding menentang rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau berkata, walaupun berdepan keadaan yang luar biasa, seluruh jentera parti perlu memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional.

“Jika kita bertanding menentang musuh politik yang sebenar, keadaan mungkin lebih mudah. Namun kali ini ia lebih sukar kerana di Putrajaya kita adalah rakan dalam kerajaan, tetapi di Johor kita bertanding sesama sendiri,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, situasi tersebut memerlukan semua pihak bersikap profesional sepanjang kempen pilihan raya, tanpa menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Beliau turut menegaskan bahawa atas nama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional, seluruh jentera parti perlu terus bersatu dan bekerja keras bagi memastikan setiap calon BN memperoleh kemenangan pada pilihan raya negeri kali ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles