28.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026

Vetri

🚆 Pembukaan Rasmi LRT3 Shah Alam Tingkatkan Kemudahan Pengangkutan Awam – Dr Gunaraj!

🔥 Views : 4,407
👁 Reading Now : 28

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Dr Gunaraj, menyifatkan pembukaan rasmi Laluan LRT3 Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam negara demi kesejahteraan rakyat.

Dr Gunaraj berkata, Laluan LRT3 sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia melalui 20 stesen bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang.

Menurut beliau, projek tersebut bukan sahaja memudahkan perjalanan harian rakyat, malah mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Beliau turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan yang menawarkan tambang percuma selama 30 hari, bermula 29 Jun hingga 31 Julai 2026, termasuk perkhidmatan bas perantara. Katanya, inisiatif itu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kemudahan pengangkutan awam yang lebih moden, selesa dan cekap.

Dr Gunaraj berharap pembukaan Laluan LRT3 Shah Alam akan menjadi pemangkin kepada budaya penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat, selaras dengan aspirasi membangunkan negeri dan negara yang lebih mampan serta berdaya saing.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan demi manfaat rakyat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles