28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026

Vetri

🏛️ Enam Pegawai Kanan HRD Corp Digantung Tugas Susulan Dakwaan Salah Laku!

🔥 Views : 2,922
👁 Reading Now : 31

Enam pegawai kanan HRD Corp telah dikenakan tindakan tatatertib dan digantung tugas sementara berhubung dakwaan salah laku serta isu pengurusan kewangan yang sedang disiasat, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, Ramanan memaklumkan bahawa siasatan terhadap pegawai-pegawai berkenaan masih berjalan dan tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Menurut beliau, HRD Corp komited memastikan keseluruhan proses siasatan dijalankan secara adil dan telus serta tidak akan berkompromi dalam melindungi integriti dan kepentingan institusi itu.

Siasatan tertumpu kepada beberapa isu termasuk pengurusan kewangan HRD Corp, pemerolehan hartanah Menara Ikhlas serta pengurusan pelaburan syarikat. Sebelum ini, PAC turut membangkitkan kebimbangan mengenai dakwaan penggunaan dana yang dikutip untuk tujuan pelaburan berisiko tinggi.

Ramanan turut memaklumkan bahawa HRD Corp kini sedang menyusun semula portfolio pelaburannya dan memperkukuhkan sistem pengurusan kewangan bagi meningkatkan tadbir urus organisasi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles