
Satu majlis doa khas telah diadakan di Kuil Sri Veilmuruga, Tangkak, bagi memohon keberkatan dan restu agar semua calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diberikan kejayaan, selain mendoakan keamanan, perpaduan dan kemakmuran negeri Johor.
Majlis tersebut dihadiri oleh barisan pemimpin Pakatan Harapan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta calon PH bagi kerusi Tangkak, Dr. Ruben, yang bersama-sama menyertai upacara doa memohon kelancaran pilihan raya dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir ialah anggota masyarakat India tempatan yang bersama-sama mendoakan agar Johor terus menikmati perpaduan, keharmonian dan masa depan yang lebih baik.
Pemimpin Pakatan Harapan turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Kuil Sri Veilmuruga, Encik Ganesan, serta jawatankuasa kuil atas layanan mesra dan usaha menganjurkan majlis doa khas tersebut.

Mereka berkata, majlis doa itu bukan sahaja menjadi simbol perpaduan masyarakat, malah memperkukuhkan iltizam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh keikhlasan, rendah hati dan dedikasi demi membina Johor dan Malaysia yang lebih maju serta sejahtera.



