30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026

Vetri

Tak perlu tunggu 60 Tahun, ‘Maatram’ komuniti India bermula di era Anwar – YB Gunaraj!

🔥 Views : 4,994
👁 Reading Now : 61

JOHOR BAHRU, 10 Julai : Masyarakat India tidak perlu menunggu sehingga 60 tahun untuk menikmati perubahan kerana ‘Maatram’ atau perubahan yang dinantikan telah pun bermula di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Gunaraj George.

Beliau berkata, dalam tempoh kira-kira tiga tahun mentadbir negara, Kerajaan MADANI telah membuktikan komitmennya terhadap pembangunan masyarakat India melalui pelbagai dasar dan inisiatif yang memberi tumpuan kepada pendidikan, pembangunan modal insan, keusahawanan, peluang pekerjaan serta kebajikan.

“Enam puluh tahun dan tiga tahun adalah dua tempoh yang sangat berbeza. Kita tidak perlu menunggu enam dekad untuk melihat perubahan. Dalam tempoh tiga tahun, Perdana Menteri telah menunjukkan iltizam politik yang jelas untuk mengangkat martabat masyarakat India melalui dasar yang lebih inklusif dan berkesan,” katanya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, pelbagai program yang diperkenalkan di bawah Kerajaan MADANI membuktikan bahawa masyarakat India kini mendapat perhatian yang lebih tersusun berbanding sebelum ini, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negara.

Mengulas mengenai PRN Johor, Gunaraj berkata pilihan raya itu bukan sekadar memilih kerajaan negeri, malah menjadi medan bagi rakyat menentukan sama ada agenda reformasi dan pembaharuan yang diterajui Kerajaan MADANI wajar diteruskan.

“Undi kepada Pakatan Harapan bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi memberi mandat untuk meneruskan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan. Perubahan telah bermula dan kita tidak mahu ia terhenti di pertengahan jalan,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat India di Johor supaya terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan bagi memastikan agenda ‘Maatram’ yang dimulakan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dapat diperkukuhkan demi manfaat generasi akan datang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles