27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 14, 2026

Vetri

Muhyiddin Berisiko Kehilangan Kerusi Pagoh Pada PRU Akan Datang – Ong Kian Ming!

🔥 Views : 2,777
👁 Reading Now : 68

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, berpandangan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkemungkinan kehilangan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang susulan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap dalam podcast Keluar Sekejap, Ong berkata Johor selama ini dianggap sebagai kubu kuat Bersatu memandangkan Muhyiddin mempunyai sejarah politik yang panjang di negeri tersebut.

“Tan Sri Muhyiddin telah lama mewakili kawasan itu sebagai Ahli Parlimen dan juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor. Namun keputusan PRN Johor menunjukkan kedudukan Bersatu tidak lagi sekuat dahulu,” katanya.

Muhyiddin merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama sembilan penggal, mewakili kawasan itu dari tahun 1978 hingga 1986 dan kembali memegang kerusi tersebut sejak 1995 sehingga kini.

Pada Pilihan Raya Umum 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

Muhyiddin juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles