27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 14, 2026

Vetri

Nga Kor Ming Perlu Beri Penjelasan Yang Adil Mengenai Kenyataan Berkaitan Najib – Ahmad Zahid

🔥 Views : 2,866
👁 Reading Now : 51

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, perlu memberikan penjelasan yang adil berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Beliau berkata, memandangkan semua parti kini berada dalam Kerajaan Perpaduan, isu seperti itu tidak perlu dibangkitkan secara terbuka sehingga boleh menimbulkan polemik.

“Kita bertemu setiap minggu dalam mesyuarat Kabinet. Jadi, biarlah kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat adil dan bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita.

Menurut Ahmad Zahid, sekiranya mereka masih berada di pihak pembangkang, kenyataan sedemikian mungkin boleh dianggap sebagai pendirian politik.

“Namun apabila kita berada dalam kerajaan yang sama, tidak ada keperluan untuk membangkitkan perkara seperti ini yang boleh menimbulkan salah faham,” katanya lagi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles