27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026

Vetri

Rancangan Selangor Kedua 2026–2030: Pembangunan Mesti Membawa Perubahan Sebenar Dalam Kehidupan Rakyat – Dr Gunaraj

🔥 Views : 4,293
👁 Reading Now : 64

Pembangunan Negeri Selangor tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan jumlah pelaburan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau bilangan projek mega semata-mata. Sebaliknya, kejayaan sebenar pembangunan mesti dinilai melalui perubahan nyata yang dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, YB Dr Gunaraj George.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Selangor Kedua 2026–2030 (RS-2) di Dewan Negeri Selangor, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, serta Kerajaan Negeri atas pembentangan pelan pembangunan yang menyeluruh dan berpandangan jauh.

Menurut Dr Gunaraj, RS-2 yang merangkumi 6 Misi, 25 Bidang Keutamaan dan 98 Inisiatif membawa aspirasi untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Model ASEAN, di samping membangunkan ekonomi yang lebih saksama serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Beliau menegaskan bahawa setiap agenda pembangunan yang dirancang perlu diterjemahkan kepada manfaat sebenar yang dapat dirasai oleh rakyat di setiap daerah dan kawasan, termasuk di DUN Sentosa.

Pembangunan bukan sekadar tentang angka dan projek. Yang paling penting ialah sejauh mana rakyat dapat merasai perubahan dan menikmati kehidupan yang lebih baik hasil daripada pembangunan tersebut,” kata Dr Gunaraj.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles