26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026

Vetri

Semarak Merdeka DUN Sentosa: Jalur Gemilang Dikibarkan Penuh Bangga – Dr Gunaraj

🔥 Views : 3,938
👁 Reading Now : 41

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, kira-kira 70 wakil Persatuan Penduduk (RA), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah menyertai program ‘Semarak Merdeka DUN Sentosa’, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Program anjuran ADUN Sentosa, YB Dr Gunaraj George, itu turut melibatkan aktiviti pengedaran Jalur Gemilang secara ‘Drive-Through’ kepada masyarakat setempat.

Suasana program bertambah meriah apabila lagu ‘Jalur Gemilang’ berkumandang, sementara para peserta bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan sebagai simbol kecintaan dan kesetiaan kepada tanah air.

Menurut Dr Gunaraj, program tersebut bukan sekadar meraikan bulan kemerdekaan, malah bertujuan menyatukan masyarakat Sentosa dalam semangat bahawa “Malaysia milik kita bersama.”

Beliau berkata, semangat Merdeka perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang bagi memperkukuh perpaduan serta keharmonian negara.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran Tn. Oms Thiagarajan, Pegawai Penerangan Daerah Klang, Pegawai Perpaduan Daerah Klang serta pegawai polis dari Balai Polis Klang Selatan.

Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada semua RA, KRT, NGO, agensi kerajaan serta warga Sentosa yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

“Ayuh kita terus kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan terus menyemarakkan semangat kemerdekaan. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati,” kata Dr Gunaraj.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles