25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026

Vetri

Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak-Anak DUN Sentosa Penuh Semangat Patriotik!

🔥 Views : 3,826
👁 Reading Now : 45

Semangat patriotik dan perpaduan terus disemarakkan menerusi Sambutan Hari Malaysia bersama anak-anak DUN Sentosa yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat di McDonald’s.

Kanak-kanak yang menyertai program tersebut dengan penuh bersemangat melaungkan “MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” sebelum bersama-sama menyanyikan lagu “Saya Anak Malaysia”, sekali gus menceriakan lagi sambutan.

Keceriaan dan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak Sentosa turut membawa mesej bahawa rasa cinta kepada negara serta semangat perpaduan perlu dipupuk sejak usia muda.

Walaupun datang daripada latar belakang, kaum dan budaya yang berbeza, semua rakyat tetap berkongsi satu identiti yang sama sebagai rakyat Malaysia.

Penganjur berharap generasi muda di Sentosa akan terus membesar dengan nilai perpaduan, semangat patriotik, saling menghormati serta rasa bangga menjadi anak Malaysia.

“Walaupun kita berbeza latar belakang, kita semua tetap rakyat Malaysia. Semoga anak-anak Sentosa terus membesar dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan bangga menjadi anak Malaysia,” antara mesej yang diketengahkan menerusi sambutan tersebut.

Program berkenaan bukan sahaja memberi kegembiraan kepada kanak-kanak, malah menjadi platform untuk menyemai semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan generasi muda.

Selamat Hari Malaysia! Malaysia MADANI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles