27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026

Vetri

Polis nafi MPV mengiringi kenderaan bawa kabel curi di Ampang!

🔥 Views : 2,279
👁 Reading Now : 62

Polis menafikan dakwaan di media sosial bahawa sebuah kenderaan peronda bergerak (MPV) bertindak sebagai pengiring kepada sebuah lagi kenderaan yang membawa kabel curi di Ampang, di sini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telah ditahan polis.

Dakwaan berlaku persekongkolan dengan pencuri adalah tidak benar. Kenderaan polis berkenaan bertindak berdasarkan maklumat daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan menyalakan suar mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Noor Hisam berkata, kenderaan peronda bergerak berkenaan bertindak susulan aduan yang diterima daripada orang awam dan setakat ini seorang suspek pencuri kabel telah ditahan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid, berkata seorang lelaki yang cuba menarik kabel keluar dari sebuah manhole menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, telah ditahan.

Polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 3.59 pagi mengenai sekumpulan individu yang disyaki mencuri kabel berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan.

Khairul Anuar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379, 431A dan 124K Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mencuri kabel dan sabotaj, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles