27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

“Tindakan Segera Atasi Longkang Tersumbat!” – YB Gunaraj Turun Padang Di Jalan Kebun Nenas!

🔥 Views : 4,954
👁 Reading Now : 68

Ahli politik, ADUN Sentosa YB Gunaraj telah melawat kawasan persimpangan Jalan Kebun Nenas berhampiran bulatan JJ susulan aduan penduduk mengenai longkang tersumbat dan aliran air yang tidak lancar ketika hujan.

Beliau berkata, masalah tersebut perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan kejadian banjir kilat yang boleh menjejaskan penduduk setempat.

Dalam lawatan itu, beliau turut meminta pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) supaya mengeluarkan perangkap sampah yang dipasang di kawasan berkenaan kerana ia dipercayai menyebabkan sampah tersangkut dan menghalang pengaliran air dengan baik.

“Tindakan segera amat diperlukan bagi memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan baik demi keselesaan dan keselamatan penduduk,” katanya.

Pada masa sama, YB Gunaraj turut menyeru masyarakat supaya tidak membuang sampah merata-rata kerana ia akhirnya akan menyumbat longkang dan menyebabkan masalah banjir.

Beliau berharap kerjasama semua pihak dapat membantu memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan sistem saliran berfungsi dengan lebih baik.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles