28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026

Vetri

💳 Bank Negara Henti Secara Berperingkat Rangkaian QR Persendirian Menjelang 2028

🔥 Views : 4,264
👁 Reading Now : 35

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menamatkan secara berperingkat rangkaian pembayaran QR persendirian dalam tempoh dua tahun sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan satu ekosistem pembayaran QR yang lebih bersepadu di seluruh negara.

Menurut Dokumen Dasar Rangka Kerja Pemindahan Dana Bersepadu, semua rangkaian QR persendirian sedia ada perlu dihentikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 30 Jun 2028.

Sepanjang tempoh peralihan itu, syarikat yang mengendalikan rangkaian QR persendirian juga tidak lagi dibenarkan mendaftarkan peniaga baharu ke dalam sistem masing-masing.

Melalui sistem baharu ini, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan mana-mana aplikasi perbankan atau e-dompet menerusi satu rangkaian QR bersepadu, sekali gus memudahkan urusan pembayaran tanpa bergantung kepada sistem berasingan.

Ketika ini, PayNet, yang menyediakan perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR, dimiliki sebanyak 35.5 peratus oleh Bank Negara Malaysia. Selain BNM, sebanyak 11 institusi kewangan, termasuk Maybank, turut menjadi pemegang saham dalam PayNet.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles