26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026

Vetri

SUKMA 2026: Kabadi Wanita Selangor Raih Emas, Pasukan Lelaki Bawa Pulang Perak!

🔥 Views : 4,941
👁 Reading Now : 55

ADUN Sentosa, YB Dr Gunaraj George, melahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang pasukan Kabadi Selangor di SUKMA 2026, dengan pasukan wanita berjaya meraih Pingat Emas, manakala pasukan lelaki membawa pulang Pingat Perak.

Sebagai Bapa Angkat Kabadi Selangor, Dr Gunaraj berkata beliau amat berbangga melihat semangat juang, ketangkasan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet Selangor sepanjang kejohanan.

Dalam aksi final yang sengit, pasukan wanita Selangor berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan dengan keputusan tipis 34–33, sekali gus memastikan Pingat Emas menjadi milik Selangor.

Pasukan lelaki Selangor pula memberikan saingan hebat kepada Kedah sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 28–29, sekali gus meraih Pingat Perak.

Sebagai Bapa Angkat Kabadi, saya amat bangga melihat semangat juang dan pergerakan lincah atlet-atlet Kabadi Selangor di SUKMA 2026. Syabas dan tahniah kepada semua atlet atas pencapaian membanggakan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Kabadi Selangor atas komitmen, strategi dan usaha berterusan dalam membimbing pasukan sehingga mencapai kejayaan tersebut.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan bahawa Kabadi Selangor terus unggul dan mempunyai barisan atlet berbakat yang mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Beliau turut menyeru para atlet supaya terus berjuang, meningkatkan prestasi dan membawa nama Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles