
Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana banjir mendapat penghargaan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George.
Menurut beliau, sumbangan sebanyak AS$1 juta serta penggerakan Pasukan SMART Malaysia bagi membantu operasi kemanusiaan mencerminkan keprihatinan Malaysia terhadap mangsa bencana.
Dr Gunaraj berkata, bantuan tersebut turut memperlihatkan semangat kemanusiaan dan solidariti Malaysia dalam membantu negara serta masyarakat yang berdepan musibah.
“Terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan dan tindakan pantas membantu rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana banjir.
“Sumbangan AS$1 juta serta penggerakan Pasukan SMART Malaysia mencerminkan semangat kemanusiaan dan solidariti Malaysia terhadap mangsa bencana,” katanya.
Dr Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada PMX atas kepimpinan dan keprihatinan beliau, khususnya dalam memastikan Malaysia terus memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan ketika berlakunya bencana.



