
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa Dengan Sukacitanya Menjemput Semua Penduduk Ke Pesta Kebudayaan Chithirai Perpaduan Sentosa 2026. Butiran Program Adalah Seperti Ketetapan Berikut :
Tarikh : 10hb Mei 2026
Masa : 9.00 Pagi – 7.00 Malam (Kemuncak Pragram 4.00 Petang)
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Sentosa
Alamat : Lorong Hulubalang 10D/KS 07, Bandar Sentosa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Pesta ini Merupakan Satu Sambutan Yang Mengangkat Keunikan Warisan Dan Kepelbagaian Budaya Masyarakat, Dengan Pelbagai Pengisian Menarik Seperti Persembahan Seni, Permainan Tradisional, Muzik, Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional, Makanan Daun Pisang & Manisan, Tarian Serta Aktiviti Komuniti Seperti Konsultasi Pendidikan & Agensi Kerajaan, Pemeriksaan Perubatan, Pendermaan Darah.
Program ini Bertujuan Memupuk Semangat Perpaduan, Meningkatkan Kefahaman Antara Budaya Serta Mengeratkan Hubungan Dalam Kalangan Masyarakat Yang Berbilang Kaum.
Terimalah Undangan ini Sebagai Jemputan Peribadi Daripada YB Dr. Gunaraj George Untuk Pihak Media Hadir Membuat Liputan Dan Bersama – Sama Menyebarkan Kemeriahan Serta Mesej Perpaduan Kepada Masyarakat Umum.
Kami Berharap Usaha ini Dapat Menyemarakkan Semangat Kebersamaan Sebagai Satu Keluarga, Tanpa Perbezaan Diantara Seluruh Rakyat Malaysia.
Kehadiran Dan Sokongan Pihak Media Amatlah Dihargai Dan Didahului Dengan Ucapan Terima Kasih.
๐๐ ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ง๐๐ซ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ซ๐ ๐
ADN Sentosa Merangkap Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.



