27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026

Vetri

📰 Peruntukan RM150 Juta Kepada MITRA Beri Semangat Baharu Kepada Masyarakat India – YB Gunaraj

🔥 Views : 1,191
👁 Reading Now : 22

Peruntukan sebanyak RM150 juta kepada MITRA membuktikan komitmen kukuh Kerajaan MADANI terhadap pembangunan masyarakat India di negara ini, kata ADUN Sentosa, YB Gunaraj.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman peningkatan peruntukan MITRA kepada RM150 juta.

Menurut beliau, pengumuman itu merupakan satu detik bersejarah buat masyarakat India kerana sejak penubuhan MITRA, termasuk ketika dikenali sebagai SEDIC, jumlah peruntukan tahunan tidak pernah dinaikkan dan kekal sekitar RM100 juta selama lebih dua dekad.

Katanya, tambahan RM50 juta ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa prihatin dan komited dalam memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Dengan peningkatan peruntukan tersebut, lebih banyak program dapat dilaksanakan dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan usahawan, kebajikan sosial, pembangunan belia dan wanita serta pembangunan komuniti secara keseluruhan.

Gunaraj turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan atas usaha berterusan membawa suara dan keperluan masyarakat India ke peringkat tertinggi kerajaan.

“Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan dan semangat perpaduan. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, masyarakat India akan terus menerima lebih banyak peluang, pembangunan dan harapan baharu,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles