29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026

Vetri

🚔 Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Di George Town!

🔥 Views : 885
👁 Reading Now : 47

Seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diparkir di Jalan Lintang Merdeka, George Town, Pulau Pinang, dalam satu kejadian yang menggemparkan orang ramai.

Polis menerima maklumat daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kira-kira jam 9.50 pagi. Mangsa ditemui dalam keadaan duduk di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, seorang pekerja pembersihan menghubungi polis selepas menyedari kenderaan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan dan diparkir terlalu lama sejak kira-kira jam 9.30 pagi.

Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dari Bukit Mertajam. Mangsa ditemui masih berpakaian lengkap di tempat duduk pemandu, manakala kenderaan itu didapati tidak berkunci. Pemeriksaan awal di lokasi dan pada mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah atau kecederaan akibat perbuatan khianat.

Polis turut memaklumkan bahawa mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik dan sedang menerima rawatan. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira empat hari sebelum ditemui. Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles