29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026

Vetri

🚔 Polis Tumpaskan Sindiket Pelaburan Minyak Wangi, Enam Individu Ditahan!

🔥 Views : 2,329
👁 Reading Now : 30

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan minyak wangi dengan penahanan enam individu dalam serbuan di sebuah premis di KL Eco City pada hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni berkata, tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 47 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sentul dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati setiap suspek memainkan peranan tertentu dalam mengurus dan mengendalikan sindiket yang menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat tempatan.

Polis turut merampas enam telefon bimbit, sebuah komputer, kad ATM dan kad debit, dokumen syarikat serta stok produk minyak wangi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan tersebut.

Kesemua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan sindiket berkenaan diminta menghubungi Hotline Polis Sentul di talian 03-4048 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles