28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026

Vetri

🏛️ Lima Ahli Parlimen PKR Desak Laporan Penuh Siasatan Kes Pegangan Saham Azam Baki Didedahkan!

🔥 Views : 1,407
👁 Reading Now : 40

Lima Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum laporan penuh siasatan berhubung isu pemilikan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, persaraan Azam Baki pada Mei lalu tidak bermakna isu tersebut telah selesai dan ditutup begitu sahaja.

“Kerajaan perlu mendedahkan secara telus hasil siasatan yang telah dijalankan. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran,” katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan. Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, turut menyatakan sokongan terhadap gesaan tersebut.

Mereka juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menjalankan siasatan yang bebas, telus dan menyeluruh terhadap isu berkenaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles