28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026

Vetri

Pimpinan Parti IMAN Zahir Ucapan Selamat Hari Lahir Kepada Tun Dr Mahathir Sempena Ulang Tahun Ke-101!

ЁЯФе Views : 3,236
ЁЯСБ Reading Now : 23

Pimpinan tertinggi Parti IMAN yang diketuai Presiden Nasionalnya, Datuk Muhammad Ismail, mengadakan kunjungan hormat ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-101.

Dalam kunjungan tersebut, Tun Dr Mahathir turut diraikan dengan Pulut Kuning sebagai simbolik sambutan hari lahir dan beliau bersama-sama memotong hidangan tersebut. Delegasi Parti IMAN juga menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selain meraikan ulang tahun kelahiran beliau, kepimpinan Parti IMAN turut memberi taklimat mengenai keputusan pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini serta perkembangan terkini parti.

Datuk Muhammad Ismail berkata, Tun Dr Mahathir turut bertanya mengenai hala tuju serta strategi politik parti pada masa hadapan dan memberikan beberapa pandangan serta nasihat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam arena politik negara.

тАЬNasihat dan pandangan yang dikongsikan oleh Tun Dr Mahathir amat bernilai buat kami. Kami percaya pengalaman beliau akan menjadi panduan penting dalam merangka langkah dan strategi politik Parti IMAN pada masa akan datang,тАЭ katanya.

Beliau menambah, pertemuan tersebut bukan sahaja menjadi kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir, malah turut membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles